Selasa, 24 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

Isnin, 16 Mei 2011

SeLaMaT MeNyAmBut HaRi KePuTeRaAn DYMM TuAnKu RaJa PeRLis ke 68



Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke 68. Dengan segala hormatnya merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, sempena menyambut Hari Keputeraan Baginda yang ke-68 pada 17 Mei 2011. Semoga Allah melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan DYMM Tuanku. ~ DIRGAHAYU TUANKU ~

Rabu, 4 Mei 2011

KliP ViDeO alyAh - KISAH HATI di PerLiS....






Kehebatan muzik video Kisah Hati terletak kepada beberapa elemen iaitu melodi lagu itu sendiri, seni kata dan nyanyian Alyah yang sangat menggetarkan.

Ditambah pula dengan garapan Ghaz sebagai pengarah sebelum ini pernah menghasilkan muzik video untuk Anuar Zain (Mungkin & Sesucinya Cintamu) dan Kaer (Izin Ku Pergi) yang dibantu kru produksi profesional, maka segala yang cantik berjaya dirakamkan selama dua hari.

Faktor lain yang penting sudah semestinya aura Remy serta landskap Perlis Indera Kayangan yang membentuk lukisan semula jadi yang sangat mempesonakan.
Jelas sekali pemandangan indah di sekitar Tasoh Lake Resort dan jalan raya lengang di Ladang Tebu Chuping, sangat membantu kepada penceritaan dan ‘mood’ muzik video ini.

Apa yang menarik, pembikinan muzik video Kisah Hati bermula pada bulan lepas apabila Alyah, Ghaz, jurumekap Bosco dan penulis sendiri pergi membuat tinjuan lokasi ke arah utara Semenanjung. Terbukti bahawa Alyah sendiri sanggup bersusah payah membuat pencarian lokasi bagi memastikan apa yang dimahukannya benar-benar tercapai.

Seterusnya, penggambaran Kisah Hati berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 9 dan 10 Mac lalu dan semua petugas menginap di Tasoh Lake Resort yang sudi memberikan tajaan. Pihak Alyah juga mengundang beberapa wartawan hiburan ke Perlis dan Ghaz sendiri membawa lebih 12 kru produksi profesional dari Kuala Lumpur.

Kata Ghaz, muzik video Kisah Hati itu akan siap sepenuhnya pada penghujung Mac ini dan akan diedarkan Alyah ke semua stesen TV tempatan dan negara jiran termasuk Singapura serta Brunei Darussalam.


Lirik Lagu Kisah Hati – Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya




catatan: Apa pun mok cik memang suka lagu alyah ni..menyusuk jiwa..hampa smua kena tengok sebb yg pertama adalah video ni buat kat perlis n kampung mok cik FELDA CHUPING LADANG TEBU..K.L Menjerit siuttt...
day51
More Good Day Glitters at Jhocy.com