Isnin, 25 Oktober 2010

ALaNgKH BaiKnYa JikA iBU-iBU dI mALaYsiA BeGiNI....

Sedih bila baca kisah mengenai manusia yg tidak berhati perut membuang anak sendiri umpama kucing kurap..seolah nyawa manusia itu boleh di beli di kedai Wah Seah Kangar..bila kita membincangkan berkaitan isu pembuangan anak ini mcm2 pihak akan di persalahkan..Entahlah bilalah semua ini akan berakhir????sebenarnya semua ini x kan berakhir sehingga tibanya kiamat...

Kemarin bila saja jengok2 bloq kawan2 saya terbaca artikel dari Malaysian Mommy Luna Blog berkaitan penggunaan WRAP(Wrap adalah sekeping kain panjang yang dilipat tengah berukuran lebih kurang 5.2 meter .Tak susah memakainya, setiap wrap didatangkan dengan manual atau sekiranya anda mengunjungi Lunatots (samada Amcorp Mall atau Putrajaya), wakil Lunatots akan mengajarkannya kepada anda)..
Seronok juga bila tgk Puan Suraya pemilik LUNATOTS ni menggunakan WRAP untuk anaknya,sebelum ni saya cuma menggunakan baby pouch je..teringin juga untuk menggunakan WRAP ini..sedangkan ahli Parlimen ITALI x malu menggunakannya...x mustahil kita juga boleh kaN..cuba tgk gambar ahli parlimen ITALI ni guna untuk bawa ank dia dalam Dewan Parlimen...Hati seorang IBU..

Ms. Licia Ronzulli, 35-year-old representative in the EU Parliament from Italy, took his daughter Victoria to the vote in Strasbourg





Jumaat, 22 Oktober 2010

AkHiRnYe sElAmAT tibA Di Bumi PeRLiS MeMbaWa 1 TuGaSAn Yg BerAt

Akhirnya kami berempat selamat tiba di perlis setelah menghadiri Mesyuarat PBS selama 3 hari tu...huuuuuu membawa 1 tugasan yg berat ,berat keee..hehe x delah x berat mana pun..senang je..hehe

k.maziah yang keletihan dalam LRT...masih tersenyum

kat jalan TAR K.L..

Beli maruku ka...

selamat tiba di Aloq Setaq...WELCOME BACK

Rabu, 20 Oktober 2010

SaNgGuPkAh GuRu2 TAhUn 1 MeNeRiMa TugAsaN iNI????

PBS(Pentaksiran berasaskan sekolah) sebenarnya dah lama kita jalankan kat sekolah cuma x di dedahkan secara terperinci je oleh pihak yang berwajib.Bila Dato Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan UPSR dan PMR akan di mansuhkan pada tahun 2016,semua guru2,parents n orang ramai terkejut...pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran semua masyarakat terutama guru2 yang sedang mengajar tahun 6...kalau dah upsr x dak,apa yang nak nilai murid2 tahun 6 nanti??????????

Haa...inilah yang akan saya bawa balik dari Sri Cempaka Suites Kuala Lumpur ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Satu reformasi atau penambahbaikan sistem peperiksaan yang akan kita jalankan tahun depan bermula di tahun 1..Jangan susah hati atau bimbang,tiada apa yang menakutkan sebenarnya,dan peperiksaan UPSR pada tahun 2016 nanti masih diteruskan cuma di kurangkan kertas peperiksaan dari 5 ke 4 sahaja..dan 60% berdasarkan peperiksaan pusat manakala 40% lagi akan di nilai berdasarkan subjek bukan teras seperti PJK, AGAMA/ MORAL dan Kemahiran hidup...dan jengggg..jengggg...murid tahun 6 yang gagal dalam UPSR pada tahun 2016 itu tidak akan melangkah ke tingkatan 1 sebaliknya akan terus berada di tahun 6 untuk kelas peralihan selama setahun lagi dan sekiranya mereka masih gagal mereka akan di salurkan ke tingkatan 1 mengikut kemahiran masing2..contohnya dalam sukan,seni atau vokasional...

Jadi apa2 pun kita terpaksalah terima walaupun kita tahu bebanan yang dah sekarang ni pun x tertanggung ini kan pula satu perkara baru yang akan kita galas di bahu dan akan di pratikkan di sekolah masing2 nanti..semuanya ada kebaikan dari keburukan sebenarnya..dan segala persoalan yang bersarang di hati bolehlah di luahkan kepada LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA...saya dan kawan2 hanyalah yang menurut perintah..wasalam..



Isnin, 18 Oktober 2010

KuRsUs PeNTaKsirAN kAt K.L...

Salam 1 Malaysia kengkawan..hari ni hari pertama saya hadir ke kursus Pentaksiran di Hotel Sri Cempaka Cheras...Perjalanan yang cukup memenatkan walaupun pergi dengan AIR ASIA

Kutitipkan pic sepanjg perjalanan pagi yg memenatkan ni...

on the way nak naik flight

amboi segak lagi dari pramugari tu...hehe

permandangan bendang kat alor staq dari awan dania...

makan nasi goreng satay..huhu

ni dah sampai Hotel..amboi k.maziah..

memang cantiklah ..permandangan dari tingkap hotel

Jumaat, 15 Oktober 2010

PtK oh PtK...huhuhu..

Oh berdebar2 rasa hati nak jawab soalan ptk sok..lawak kan..padahal bukan x pernah jwb exam PTK ni,cuma bezanya kali ni adalah peluang terakhir untuk ambil exam ni..pastu kena tunggu lagi 3 tahun plak..kalau lulus alhamdulillah..dapat le rasa gaji naik skit...kalau x duk situ le...hehe..apa2 pun kepada kawan2 semua selamat menjawab ye...


Khamis, 14 Oktober 2010

HaRI KeDuA PeRkHeMaHaN tAhUn 6...

Hari ni hari kedua student tahun 6 teruskan perkhemahan tahunan Tahun 6 (tidur kat rumah ye)...pg tadi banyak aktiviti yang berjalan antaranya pertandingan pemasangan khemah,kawad kaki n pertandingan memasak(yang paling best skali)...
    Best sgt tgk student tahun 6 ni enjoy ngan aktiviti yang telah di rancang n di jalankan..kat bawah ni antara gambaq2 yang sempat di snap walaupun daku kalut dengan kelas p&p ku...hehe



kem kom tengah duk bg arahan


                          p.cik2 askar wataniah duk ajaq kawad


             ok sedia semua..nak mula dah ni..


             pertandingan sapa pasang khemah paling cepat


                          masak jgn x masak...                                                                      


                       tu dia sedapnya..



           











amboi cikgu2 ni...dan lagi no                      



                                                                        
              amboi kak maziah..luasnya mulut.















penyampaian hadiah ...segaknya m.C tu..hehe

               














berakhirlah sudah perkhemahan Tahunan Bagi tahun 6 sesi 2010 yang berjalan dengan lancarnya..terima kasih kepada semua guru guru Sk SaNtAn yang sporting habis untuk jayakan program ni dengan gemilang n cemerlangnya..kita jumpa lagi di tahun hadapan....walaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Selasa, 12 Oktober 2010

PeRtAhAnAN aWaM dI sK sAnTaN

Hari ni pada pukul 10.30 pg tadi,sekolah saya ada wat perkhemahan untuk Tahun 6,so untuk aktiviti - aktiviti kami panggil le Geng Pertahan Awam untuk wat aktiviti FLYING FOX..ok le sebab diorang boleh mai pasang tali n wat aktiviti ni di sekolah..So sapa2 yang nak panggil Pertahanan Awam gi sekolah,leh le wat surat skit..so diorang akan datang...memang best le,dapat bagi pendedahan untuk murid-murid tahun 6 n murid-murid lain pun pasti teruja menyaksikan aktiviti FLYING FOX ni...


                                           ni dia trak Pertahanan Awam

                                         
Geng pertahanan Awam tengah duk pasang tali


Murid-murid yg teruja tgk aktiviti Flying Fox


Tu dia Kem Komander (ustaz hafiz) duk bagi arahan





Apa pun thanks untuk geng Pertahanan Awam sebab sudi datang untuk jalankan aktiviti Flying Fox ni di SK SANTAN..

Sabtu, 9 Oktober 2010

BerKenan yg LaiN bELi YaNg LaiN..

Lepas mkn Mc D..kitorang jalan2 le kat ruang legar kat Pasific tu..kebetulan ada jualan kamera CANON,perghhh..dah lama berkenan ni..tapi apa kan daya..huhu..












x palah ada rezki insyAllah...last2 dalam duk pusing2 tu yang kitaorang beli adalah....taraaaaaaaaa










walaupun berharga RM5..yg penting jenama tu..hehe

Pastu yang bestnya kitaorang tgk ada satu promotion yang CANON buat..















memang best promotion ni,kita just beli special pack berharga RM158 @ RM188,kita kan dapat software photobook ni n kita akan dapat no pin,pastu kita bleh create sendiri gambar buat album sendiri la pastu email ke CANON,CANON akan tolong print n buat photobook tu secra percuma n hantar trus kat kita..memang cantik..cam album kawin yang org selalu buat tu..dapat 40 muka surat lagi..

SePeTaNg Di aLoR SeTaR

Semalam sy,my husband hamdi n anakku ahmed absyar ke Alor Setar,saja jln2 lama dah dah pegi..dalam duk jalan2 kat pasific (STAR PARADE) kami singgah la makn kat Mc D..

 
Duk berbaris nak beli..sempat lagi snap 2 3 keping

Jumaat, 8 Oktober 2010

SaJa NaK KoNGsi Ngan kwn2...bacelah ye..

artikel ni saya dapat dalam facebook..saja nak kongsi ngan kwn2..bacalah,sebagai peringatan dan pengajaran wat kita..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Rabu, 6 Oktober 2010

MuFFiN dAyS...

Hari ni nak buat muffin lak..emmm sedapnya..husband sy pun ckp sedap..pastu nak buat lagi le..sok insyaAllah kalau x dak apa2 hal leh bw mai sek..


Selasa, 5 Oktober 2010

Kebaikan susu Ibu...

Keputusan untuk menyusu AHMED ABSYAR secara eksklusif telah saya ambil bila duk sembang2 ngan member2 di sekolah..dan alhamdulillah sy dapt menyusu absyar sejak baru di lahirkan sehinggalah sekarang..dan melalui pengalaman n pengetahuan yang sy tahu berkaitan susu ibu ni sy nak kongsilah ngan kawan2 tentang kebaikan susu ibu...

S1 :  Apakah keistimewaan susu ibu?
 Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk bayi kerana is mengandungi zat makanan dalam nisbah terbaik untuk bayi. Susu ibu khususnya kolostrom (susu ibu permulaan) mengandungi bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman (seperti cirit-birit) dan alahan.
 Penyusuan ibu juga mempunyai faedah untuk ibu yang menyusu. Ia membantu rahim kembali ke saiz asalnya dan juga membantu ibu memperolehi kembali bentuk badannya. Penyusuan ibu dapat mempereratkan perhubungan yang rapat di antara ibu dan anak dan ia juga melambatkan kedatangan haid dan dengan itu mengurangkan kemungkinan ibu mengandung.
(dipetik daripada “Garispanduan bagi penggalakan penyusuan ibu – Kementerian Kesihatan Malaysia. “Oktober 1988)
 
S2 :Berapa ramaikah ibu masih menyusu bayi mereka apabila di temui di klinik pada umur 6-8 minggu?
 Di Kuala Lumpur keinginan penyusuan badan berbeza di antara kaum. Kajian kami di Universiti Hospital didapati bahawa hanya 119/493 (25%) ibu Melayu masih menyusu badan dengan sepenuhnya (tanpa memberi susu tiruan). Ibu kaum Cina dan India hanya 6/156 (4%) dan 15/251 (7%) masih menyusu bayi mereka tanpa memberi susu tiruan.
  
S3 :Apakah sebabnya ramai ibu di Malaysia tidak menyusu badan?
 Ramai ibu di Malaysia tidak faham keistimewaan susu ibu. Mereka juga terpengaruh oleh iklan-iklan yang disiarkan di televisyen, majalah-majalah dan surat khabar. Di pusat bandar pula kita mendapati cara hidup ibu yang bekerja tidak memberi masa untuk ibu menyusu badan. Lebih-lebih lagi ramai majikan tidak menyediakan bilik penyusuan dan crèche atau pun nurseri untuk ibu yang bertugas untuk membawa bayi mereka ke pejabat. Kadang-kadang sokongan daripada bapa pula kurang memuaskan.
S4 :Apakah kandungan susu ibu?
 Susu ibu mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh bayi yang berumur sehingga 4-6 bulan. Zat-zat ini adalah sesuai dan dalam bahagian yang optima. Bahan-bahan zat ini ialah protein, lemak, gula, vitamin, zat besi, air, garam, kalsium, fosfat dan lain-lain zat galian.

S5 : Susu ibu boleh mencegah bayi-bayi daripada penyakit jangkitan. Bagaimana susu ibu boleh memberi perlindungan yang istimewa ini?
 Susu ibu bersih dan tidak berkuman. Selain daripada itu susu ibu mengandungi antibodi dan lain-lain bahan untuk melawan kuman-kuman.
 Bayi yang diberi susu ibu diberi perlindungan daripada penyakit cirit-birit, infeksi paru-paru dan otitis media.
 Najis bayi yang diberi susu ibu sentiasa berwarna kuning cair dan keluar kerap kali. Ini bukanlah cirit-birit.
 
S6 :Apakah lain-lain keuntungan yang boleh didapati daripada memberi susu ibu?
 Ada banyak lagi keuntungan apabila bayi diberi susu ibu.
·                    Susu ibu senang dihadam (digested).
·                    Susu ibu selalu sedia ada (always ready) untuk diberi kepada bayi dan tidak perlu
                      persiapan.
·                    Susu ibu tidak boleh jadi basi.
·                    Penyusuan susu ibu menolong ibu memendekkan masa perdarahan selepas bersalin.
·                    Susus ibu tidak boleh jadi basi, jika ditinggalkan kurang daripada 8 jam.
·                    Penyusuan susu ibu menolong menjarangkan kehamilan.
·                    Penyusuan susu ibu sangatlah sesuai untuk kedua ibu dan bayi. Perhubungan di antara ibu
                      dan bayi menjadi lebih erat lagi.
·                    Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih cerdik.
·                    Ibu yang menyusu mengurangkan risikonya diserang penyakit barah buah dada dan ovari
 
 S7 : Susu ibu yang baru bersalin nampaknya pekat dan kuning. Bolehkah susu ini diberi kepada bayi?
 Susu ibu yang baru bersalin dipanggil ‘kolostrum’. Susu ini mengandungi lebih ‘antibodi’ dan boleh mencegah penyakit jangkitan kepada bayi. Walaupun sedikit tetapi cukup untuk bayi. Selepas 1 atau 2 minggu susu itu bertambah lebih dan jadi cecair. Susu ini mengandungi semua bahan zat untuk bayi itu membesar.
  
S8 : Apakah masalah memberi susu tiruan?
 Susu tiruan senang dijangkiti oleh kuman terutamanya susu botol yang digunakan tidak dibersih betul dan tidak dimasakkan selepas setiap kali penyusuan. Kuman membiak dengan cepat dalam susu tiruan. Apabila bayi diberi susu yang sudah berkuman, bayi ini akan mengidapi penyakit cirit-birit.
 
· Susu buatan tidak mengandungi antibody dan bahan-bahan yang boleh melindungi bayi daripada
   penyakit berjangkit.
· Susu tiruan sangat mahal. Ibu-ibu yang tidak berupaya cuba menjimat dengan memberi susu jarang kali
   sahaja atau menyediakan susu yang terlalu cair. Ini akan menyebabkan bayi berkurangan zat dan bahan
   untuk membesar.
· Kandungan zat-zat makanan di dalam susu lembu tidak seimbang dan tidak sesuai untuk bayi kita.
· Penyakit alergi atau alahan misalnya sakit lelah, penyakit kulit eczema didapati berlaku kepada
   setengah kanak-kanak yang diberi susu lembu semasa bayi.
· Bayi yang diberi susu tiruan sering mengalami perut kembong.
 
 S9 : Berapa kerap kalikah bayi boleh diberi susu itu?
 Bila-bila masa bayi itu mahu. Mula-mula bayi itu akan hisap banyak kali tetapi selepas 1 atau 2 minggu bayi akan ikut masa tertentu. Lebih kerap kali bayi hisap buah dada ibunya lebih banyak susu ibu akan keluar. Ibu itu dinasihatkan supaya memberi bayinya hisap kedua-dua buah dadanya pada setiap kali penyusuan.
   
S10 : Setengah ibu baru bersalin tidak minat memberi susu ibu kerana buah dada merasa bengkak dan sakit. Bagaimana mengelakkan masalah ini?
 Buah dada seorang ibu yang baru bersalin berasa bengkak kerana susu bertakung di buah dada. Jika tidak dihisap atau diperah keluar buah dada akan menjadi sakit kerana dipenuhi dengan susu. Kadang-kala ibu ini akan mengalami demam.
 
 S11 : Ada ibu yang tidak ingin menyusu bayi kerana putingnya rasa sakit. Bagaimana mengelakkannya?
 Masalah ini berlaku apabila bayi tidak hisap dengan betul. Semua puting buah dada mesti didalam mulut bayi apabila dihisap.
 Persiapan untuk menyusu badan patut di mulakan sebelum bayi lahir. Ini termasuk persiapan psikologi dan persiapan puting buah dada semasa mengandung.
 Puting buah dada tidak perlu di cuci dengan sabun.
 
 S12 : Apakah langkah-langkah seseorang ibu boleh ikut, untuk menambah susu ibu?
·                    Ibu mesti yakin bahawa dia ada cukup susu untuk memberi kepada bayinya.
·                    Ibu berehat lebih dan berasa lega semasa menyusu bayi.
·                    Ibu mesti makan cukup makanan berzat dan mengambil minuman yang cukup.
·                    Bayi diletak dekat dengan ibu supaya ibu senang menjaga anak.
·                    Berhati-hati supaya bayi dipegang dengan betul semasa hisap susu ibu.
·                    Yang penting sekali ialah ibu menyusu kerap kali-tiap-tiap 1 atau 2 jam dan apabila bayi
                       lapar.
·                    Jangan campur susu ibu dengan susu tiruan kerana ini akan mengurangkan susu ibu.
                      Glukosa dan air juga tidak perlu diberi jika ibu menyusu dengan penuh.
 
 S13 : Bagaimanakah seseorang ibu boleh menyusu bayinya yang pramasa atau bayi yang terlalu kecil (kurang dari 1.5kg)?
 Ibu boleh memberi susu ibu yang telah diperah atau dipam. Susu ibu ini boleh diberi melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung sampai perut (tiub nasogastrik).
 
S14 : Bolehkah seseorang ibu menyusu bayinya selepas Caesarean section (beranak secara bedah)
 Ibu yang bersalin secara Caesarean section digalakkan menyusu pada hari pertama lagi. Walaupun kesakitan perbedahan membuatkan penyusuan ibu sukar.
  
S15 : Apabila ibu lemah, bolehkah ibu menyusu?
 Ramai ibu rasa lemah selepas kelahiran. Ini tidak bermakna ibu tersebut tidak boleh menyusu dengan sempurna.
 Kebanyakannya, walaupun ibu itu lemah tidak payah berhenti menyusu. Kandungan zat-zat susu itu masih sama dan baik untuk menjadi sihat dan besar.
 Hanya ibu yang dirawati dengan ubat-ubat tertentu tidak boleh menyusu badan (lihat apendiks 3).
 
 S16 : Apakah 10 langkah ke arah penyusuan ibu yang berjaya?
 (Lihat apendiks 2)
 
 S17 : Apakah peranan jururawat untuk mengalakkan penyusuan ibu di Malaysia?
 Kami berpendapat bahawa jururawat adalah kakitangan hospital yang paling penting. Jururawat dapat mengesan ibu yang mengalami masalah penyusuan. Apabila di kesan pihak doctor harus diberitahu. Disamping itu jururawat mesti membantu ibu tersebut dengan memahami apakah masalah yang di hadapi oleh ibu tersebut. Susu botol tidak seharusnya diberi sebagai aturan biasa. Persatuan penyusuan ibu boleh membantu memerangsang ibu dengan memberi kaunseling.
 Kadang-kadang masalah penyusuan adalah masalah kurang keyakinan atau kurang memahami cara penyusuan badan. Ini selalu di dapati pada ibu yang muda dan pada kelahiran pertama. Tunjuk ajar yang baik oleh jururawat yang berdedikasi dapat mengatasi masalah ini. Suami harus di ajar supaya memberi ibu pertolongan yang dikehendaki.
 Fikiran tradisional seperti “ibu terlalu penat untuk memberi susu badan” akan menghalang penyusuan ibu. Ini selalu di jumpai pada kaum Cina. Ibu-ibu Cina patut diberitahu bahawa di negara Cina dan di negara Barat lebih ramai ibu menyusu badan. Tunjuk ajar yang penuh bersemangat akan menolong ibu begini.
 Ramai ibu yang miskin berpendapat susu yang dibeli dengan harga yang mahal lebih elok daripada susu badan yang percuma. Ini adalah fikiran yang tidak betul dan mesti diatasi. Caranya ialah dengan pengajaran seperti di S1. 
 Ibu-ibu yang bekerja harus dinasihatkan supaya memerah susu ke dalam bekas yang bersih.Susu begini boleh disimpan selama sekurang-kurangnya 8 jam tanpa alat penyejuk dan tidak akan basi. Jika penyimpanan yang lebih lama diperlukan susu ibu yang telah diperah boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 48 jam.
 Kebanyakan kes-kes di mana ibu tidak menyusu bukannya kerana ada sakit perubatan dan kita doktor dan jururawat mesti memainkan peranan yang lebih aktif untuk meningkatkan penyusuan ibu dikalangan ibu-ibu Malaysia.

  UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH, SILA RUJUK KEPADA “BREASTFEEDING MANAGEMENT AND PROMOTION IN A BABY FRIENDLY HOSPITAL” TERBITAN UNICEF WHO 1993

  


day51
More Good Day Glitters at Jhocy.com