Rabu, 14 Disember 2011

K.NoRmA WeeDiNg...



 Tarikh : 11.12.2011
Tempat : Chuping,Perlis
Catatan : Photoshot ni adalah yang terakhir bg tahun 2011 ni..alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar.Tahniah buat K.Norma rakan sekerja ku di Sk Santan.Semoga berbahgia ke akhir hayat..aminn

Rabu, 7 Disember 2011

My frenz Weeding..


Tempat : Padang Sera Kedah
Tarikh : 3 . Dis. 2011
Catatan : Fizah ni merupakan my bestfrenzz masa kami kecik2 dulu..umah dia belakang umah i je..apa pun tahnih buat fizah n husband basir yg malu-malu bila suruh bgambar..

Isnin, 28 November 2011

my job weeding...-Faizal & Anis


Tempat : Kampung Kandis / Gua Kerbau (outdoor)
Tarikh : 26. Nov.2011
Catatan: Hari sabtu lepas,sy br ambil gambar pasangan Faizal & Anis.Pasangan yg ok n happy je..apa pun thanks buat member aku safwan yang bnyak tolong dlm ambil gambar weeding aritu..apa pun semuanya memg terbaik.....

Selasa, 1 November 2011

PeRkHeMaHaN TKRS KeBaNgSaAn 2011











Akhirnya perkhemahan TKRS peringkat kebangsaan berakhir dengan jayanya..apa pun thanks to all my friends yang telah menjayakan perkhemahan ni..apa pun memg terbaiiikk...

Tempat : Pusat Kokurikulum Perlis Kem Tasoh.
Tarikh   : 27 - 31 Oktober 2011

YaNg TeRiNdaH bAgiKu...haSiL inSpIrAsI BuAt yAnG tErSaYaNg...















Rabu, 12 Oktober 2011

Aku KeMbALi BeRsAmA PKK TaSoH



Akhirnya aku kembali bertugas sebagai JU Pst Ko Tasoh..Hampir 3 tahun aku tinggalkan..huhu..terlalu byak perubahan yg berlaku termasuk diriku..dari anak dara sampai le dah jd mak dara nie..hehe..apa pun best sebb dapat jumpa kwn2 lama..mamat yg sorg ni nama dia JUSNI AFFENDY cikgu SMK Syed Ahmad..Boya ni hehe..jgn marah jas..memg btoui pun..

Jumaat, 7 Oktober 2011

SepahTU ganTi Sepah / TiaDa LaGI MamAt


Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.

Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.


“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.

Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.

“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.
Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.

“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.
“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.

Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.

Beralih kepada album, Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.
Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.

Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.
“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.

“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.
“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.

Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.
“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,” ujarnya lagi

Isnin, 19 September 2011

BeStnYe AnDai iNi RuMaHku...aminnnnn...








 tempat : Umah Abg Nuar & K.Wan.. ALAMAYA Perda,Bukit Mertajam
 Catatan: Ni lah kali pertama dapt g umah abg nuar n k.wan..mereka ni merupakan up-upline sy dlm AMWAY..Tapi diorg x sombong..memg best dapt g open house umah diorg..tanya punya tanya harga umah ni RM600K..tertelan ayaq liuq dengar..


day51
More Good Day Glitters at Jhocy.com