Selasa, 25 Januari 2011

KaK PaH KitA pKaI tUDUNG...SEbAb SaKit GIGI!!!!

Datuk Sharifah Aini sudah bertudung? Barangkali, itulah sangkaan ramai setelah melihat kehadirannya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sempena majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang baru-baru ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji di hotel tersebut. Bila soalan ini diajukan kepada biduanita negara kesayangan ramai ini, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa sebagai Kak Pah hanya tersenyum.




"Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung,Kak Pah tak boleh nak jawab. Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadi macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang.Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).
"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit," katanya. -Murai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

day51
More Good Day Glitters at Jhocy.com