Selasa, 1 Mei 2012

              Setiap yang hidup pasti akan pergi dan kita yang masih lg diberi peluang untuk terus bernafas ni hendaklah gunakan sebaik2nya peluang yang Allah berikan..
              Aku x pernah jangkakan aku akan kehilangan org yang aku sayang tempat kami sekeluarga bergantung harap.Pemergian arwah abah ke rahmatullah pada 20 April yang lalu memberi satu impak yng besar kepada kami sekeluarga.Memamg dah takdir tertulis dari yang Maha Esa abah akan pergi tanpa tanda yang membuatkan kami akan terus mengingatinya tanpa jemu. Abah disahkan meninggal akibat sakit jantung. Serangan yang datang secara tiba-tiba,ketika abah masih sihat,kuat dan mampu melakukan semua aktiviti seperti org lain.Siapa sangka...kerana abah tidak pernah menunjukkan tanda2 dia sakit kepada kami semua termasuk kepada emak. Cuma aku dan adikku ika yang tidak sempat ,berbual,beramah mesra seperti adik2 yg lain bersama abah sebelum dia pergi.
            Aku redha dan pasrah walaupun hatiku sentiasa menangisi pemergian abah. Aku sentiasa doakan untuk abah disana. Setiap kenangan bersama arwah abah x kan pernah padam sampai bila-bila. Hanya Allah yang Maha Mengetahui...Alfatihah untuk arwah Abah...

Anakmu....intan



3 ulasan:

  1. Sabarlah Intan... Aku sangat memahamimu... Aku juga pernah merasakan perasaan yang sama... Disaat aku tidak sempat mengucup kedua tangan ibuku.. dia sudah hadir dalam mimpiku untuk memberitahu dia mahu pergi buat selamanya.. cuma aku tak mengerti.. Hanya doa kita sebagai bekalannya di sana nanti.. Semoga arwah ditempatkan bersama dengan golongan orang2 yang beriman.. alfatihah.amin,....

    BalasPadam
  2. tenkiu ola..cuma pemergian abah terlalu mengejut buat kami semua..takdir dah tertulis abah akan pergi tanpa kami sedar n tanpa sesiapa antara kami bersamanya..tapi aku bersyukur sgt sebb di saat pemergian abah ramai yang hadir...tanpa mengira umur..sebb arwah abah cukup baik dengan semua org terutama golongan remaja..arwah pergi dalam keadaan wajah yang cukup bersih dan tersenyum..

    BalasPadam
  3. Begenang air mata bila baca entri ni.berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.Sebagai kawan, saya nasihatkan Intan byk berdoa.Ajak adik-adik intan berdoa.Krn selain amal soleh dan sedekah jariah yg d buat ketika hidup, doa anak soleh adalah antara "direct selling" pahala yg tak akan putus-putus.Yaqinlah sgl yg kalian buat (doa) itu dirasai dan memberi manfaat buat org di sana.Kami doakan roh bersama org yg baik2,org yg soleh.I`allah arwah bersama mereka. salam takziah dari saya & kaklong.Byk bersabar..!

    BalasPadam

day51
More Good Day Glitters at Jhocy.com